Monday, November 19, 2012

Entahlah


Kehidupan
Apa yang ada dalam kehidupan?
Seandainya jiwa kita kacau,tidak keruan
Apa lagi yang kita mahu sebenarnya dalam hidup kita?
Banyak faktor yang mempengaruhi gaya kehidupan seseorang
Antara faktor nya ialah kewangan
Kestabilan ekonomi seseorang mampu mempengaruhi gaya hidupnya
Seandainya individu itu punya wang yang banyak, maka penuh warna kehidupannya
Tapi andai ekonomi nya tidak menentu?Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Porak peranda lah fikiran individu itu memikirkan dari mana untuk mencari sumber kewangan

Tetapi
Hidup disirami oleh wang yang banyak bukan kredit untuk individu itu mengecapi kehidupan yang sempurna
Begitulah juga bagi yang terkontang kanting mencari wang, tidak semestinya kehidupannya tidak sempurna
Apa yang kita perlu dalam kehidupan ini untuk membuatkannya sentiasa mekar, sentiasa penuh dengan kebahagiaan?
Bagi aku, kehidupan ini harus disirami oleh kasih sayang
Sekaya mana seseorang itu, seandainya tidak tahu menilai erti kasih sayang, tiada makna kehidupannya
Begitu juga seandainya seseorang itu hidup dalam kesederhanaan, seandainya penuh dengan kasih sayang, bermaknalah kehidupannya seharian
Terpulang kepada masing masing untuk mencari apa yang mereka perlu dalam kehidupan.

Bagi aku, apa yang aku cari dalam kehidupan?Aku tidak tahu apa yang aku cari.Aku masih lagi tercari cari sinar kehidupan.Sinar yang boleh membuatkan aku tenang, membuatkan aku rasa di sayangi.Tetapi di manakah sinar itu?Pernah dulu aku memiliki sinar itu, tetapi sinar itu hilang. Hilang entah kemana, mungkin salah aku, tidak menghargai sinar itu ketika tengah menyinari hidupku.Sekarang aku punya segalanya, alhamdulillah aku mampu memiliki apa yang aku mahu, walaupun kadang2 aku kesempitan wang.Tapi aku akan dapat apa yang aku mahu walau dengan apa cara sekalipun.Tetapi aku cuma tidak mampu mendapat SINAR hidup ku semula.

Kemanakah sinar hidupku menghilang?Suram hidupku tanpanya.Sesungguhnya aku ingin kembalikan sinar itu dalam jiwaku.Tetapi aku tidak mampu, kerana sinar itu telah pergi, pergi selamanya.Tanpa sinar itulah wujudnya CAHAYA KEGELAPAN.

nukilan
LUCIFER

No comments:

Post a Comment