Sunday, December 2, 2012

KOTAK

Kaler Oren

Kaler Merah


Lepas potong,tunggu nak d gam

Kuninnnnn

Dah siap,,ready untuk di edarkan      














Berminat?
RM17-RM50 per set
Bergantung kepada saiz dan partitions
Kaler macam macam ada
Nak polah doll house pun boleh
@ nak polah model mini house
Mun ingin tempah,,text kt ctok jak k,,,
hahahahahaha,,,,    

30 November


Tarikh yang penuh makna untukku
Bermula hubungan ku dengan nya

Setiap tahun aku akan menanti tarikh ini
Tapi tahun ini aku keseorangan
Aku kehilangannya

Bermacam cara aku lakukan
Untuk membuat dirinya membenci aku
Sumpah seranah
Hina, maki hamun
Tapi aku xdapat melupakannya
Semakin kuat memori aku bersamanya

Entah bagaimana
Harus aku lakukan untuk membuatkannya membenci aku
Bermacam helah sudah aku lakukan

Apa yang harus aku lakukan?
Kenapa aku menjauhinya?

Persoalannya sekarang
Untuk apa hubungan ini di mulakan lagi?
Siapa aku untuk dirinya?
Seandainya aku seorang yg bermakna untuknya
Aku x ingin diperlakukan seperti ini
Aku ingin menjaganya
Seperti mana aku menjaganya dahulu
Penuh dengan pantang larang
Penuh dengan larangan-larangan
Tapi sekarang?
Semua tiada lagi
Untuk apa hubungan ini di wujudkan semula,,,

Fikirlah
Andai aku terima dirimu kembali
Adakah aku dapat dirimu yang dahulu?
Seorang yang mendengar kataku
Seorang yang patuh dengan segala perintahku
Seorang yang takut pada laranganku,,
Fikirkan lah
Sebelum engkau ingin menjalinkan hubungan ini kembali,,

Sesungguhnya aku sentiasa mengingatimu,
Aku sentiasa merinduimu
Aku sentiasa sayangkanmu
Cuma aku kekok untuk tunjukan semua itu semula,,,


nukilan
LUCIFER
 

Sunday, November 25, 2012

Semua nya dusta



Entah apa yang aku perlu buat?Menerimanya atau membiarkan nya pergi,,
Sudah banyak peluang yang aku berikan,tapi apa yang aku dapat?
Perasaan aku di mainkan,,,
Hatiku hancur sekali lagi,,,
Oleh insan yang aku sayang
Yang aku rindu selama ini,,,
Kenapa aku?

Cukup lah engkau mempermainkan perasaanku,,
Biar aku sendirian,,
Biar aku bermain dengan takdirku sendiri,,,
Aku redha dengan apa yang akan aku tempuh selepas ini,,,
Aku tidak merancang,,
Aku cuma membiarkan Nya yang menentukan masa depanku,,

Aku cuma ingin bebas,,
Bebas dr kongkongan hidup seseorang,,
Tapi aku perlukan cagaran nya,,,
Dari mana aku mencari cagarannya?
Dan akhirnya aku mencagarkan diriku sendiri,,

Selepas ini,,
Usah engkau mencari ku lagi
Aku x akan menoleh ke belakang lagi,,,
Tidak mungkin,,,

Satu yang aku kesal,,
Kau rupanya "menjual" aku,,
Dan kau akan dapat keuntungan dari apa yang dah aku buat,,
Ya,mungkin nilaiku lebih murah dari cagaran yang di tetapkan,,
Tapi aku kesal,,kau memandang semua itu,,,

X mengapa,,
Kau buat aku begini,,
Akan ada balasan nya kelak,,
Tunggu sahaja apa balasannya,,,
Tunggu,,,

Sekarang,
Aku punya siapa?
Tiada siapa2,,,
Aku akan tentukan nasibku sendiri,,,
Akan mencari apa yang aku cari selama ini,,,
Engkau aku lepaskan,,
Usah kau mencari ku lagi,,
Biarkan aku sendirian,,
Kerana engkau telah menjualku,,
Kepada insan lain,,,

Engkau teruskan hidupmu yang penuh dengan pendustaan,,
Penuh dengan dongeng,,
Selama mana aku akan bertahan dengan dirimu?
Seandainya segalanya dusta,,,
Pergilah engkau,,pergi,,,

Segala kenanganku,,,
Segala janjiku,,,
Segala impianku,,,
Telah hancur kerana dirimu,,
Yang tidak mengenal erti cinta,,,
Usahlah engkau mempermainkan lelaki lain seperti mana engkau mempermainkan perasaanku,,

Akan ku hilang dari dunia mu,,
Walau kerinduan yang memuncak di dlam hatiku
Walau kasih sayang ku x pernah pudar
Walau segala impianku untuk hidup bersamamu akan musnah,,,
Aku akan hilang,,,
Akan hilang,,
Akan,,,


nukilan
LUCIFER

Wednesday, November 21, 2012

KERINDUAN



Adakah aku tengah merindu seseorang?
Orang kata, kalau kita rindu dengan seseorang itu, bulu mata orang yang di rindu itu akan gugur,,,
Aiiii,,kalau tiap2 hari rindu?Habislah bulu matanya,,,Hahahaaaa,,,

Sekarang adakah aku merindui seseorang?
Emmm,,mungkin,dan mungkin juga tidak,,,


KERINDUAN
Rasa itu tidak pernah pudar dari hatiku
Sentiasa aku merindui nya
Mungkin kerana keegoan aku yang menyembunyikan kerinduan aku
Tapi selama mana keegoan menguasai diri aku?
Akan tergugat jugak keegoaan aku itu nanti
Akan,,,satu masa nanti

Tetapi,,
Siapa yang aku patut rindu?Siapa??



nukilan
LUCIFER

Tuesday, November 20, 2012

From This Moment

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love Id give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Cant wait to live my life with you, cant wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldnt give
From this moment on

Youre the reason I believe in love
And youre the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

Siapa kah dia?
Emmm,,,,

APA?



Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayangan mu

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat yang masih ada

Cerita silam ini menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara
Terlemas di daratan
Di lambung ombak rindu pun aku masih menantimu

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya pun kesepian
Dan aku pun masih cinta
Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah,,,,,


Apa yang aku cari?

Tidak akan ada pengganti walaupun seiras wajah,,,


nukilan
LUCIFER

pertimbangan



Sukar untuk aku membuat pertimbangan,,
Adakah aku mampu menerima nya semula,,,
Adakah aku layak?
Mungkin tidak,,
Aku tidak layak untuknya,,
Aku sudah menyakiti hatinya,
Aku sudah menghancurkan harapannya,,,

Tidak mungkin aku menerimanya semula,,
Tidak mampu aku untuk terus menyakitinya,,
Tidak sanggup aku untuk menyeksa perasaannya,,,
Tidak,,Tidak,,Tidak

 Biarlah semua kenangan ku bersamanya berlalu
Aku redha dengan apa yang terjadi
Aku sanggup begini
Kesepian tanpa haluan
Biarlah perjalanan hidupku suram
Asalkan aku tidak menyakiti hatinya

Maafkan aku
Aku tidak mampu
Aku tidak layak
Aku tidak sanggup

Adakah keputusan ini betul?
Adakah semua ini yang aku harapkan?
Adakah semua ini mampu memberikan aku segalanya ?
Dan
ADAKAH aku masih di dalam hatinya?


nukilan
LUCIFER